SELAMAT DATANG

Selamat Datang Ke Blog Kg.Jawa Kongsi 10 Tawau
(email: kg.jawakongsi10twu@gmail.com

PROFIL KAMPUNG

Sekapur Sirih Seulas Pinang


KK kg.Jawa Kongsi 10 Tawau
KK Momin Bin Jinu

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh....Syabas kepada semua Ajk yang bertungkus lumus menjadikan Kg.Jawa Kongsi 10 satu realiti.Hari ini saya selaku Ketua kampung mengalu-alukan pandangan-pandangan yang membina dan positif dari semua pihak demi kemajuan dan pembangunan kampung kami yang tercinta.semoga idea-idea anda dapat kami gunakan kelak dalam road map plan pembangunan.


Jkkk Kg.Jawa Kongsi 10
Encik Nasip Bin Selamat

Assalamualaikum.......Dan salam satu Malaysia.Saya Nasip selamat Jkkk Kg. JAWA kongsi 10 mengucapkan selamat datang dan serta dalam blog kanpung Jawa kongsi 10 demi keutuhan Dan kesejahteraan kampung. Berkongsi Pengalaman demi kemajuan ummah dan kampung.
SEKIAN DAN TERIMA KASIH.


Tim.Pengerusi JKKK Kg.Jawa Kongsi 10 
Encik Daud Remundus Abdullah


Asalamualaikum salam satu malaysia dan salam sehati sejiwa dari saya tim.pegerusi jkkk kg. Jawa kongsi 10 tawau mengucapkan slamat datang dlam blog kg.jawa kongsi 10.Saya berharap kita dapat berkongsi pendapat dan pengelaman agar kita dapat memantapkan dan memajukan kg kita di mata dunia.Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ajk terlibat yg bertungkus lumus berusaha tidak kira masa siang atau pun malam bgi menjayakan misi kta ini.Harapan saya agar usaha kta ini tidak sia-sia dan mendapat ganjaran yang setimpal serta membawa kg kta cermelang ,gemilang dan terbilang.Sekian terima kasih.


Setiusaha JKKK/K1M/KRT/RELA/KEBUDAYAAN/SSGK/BIRO IT
Encik Mohd Airkram Bin Douglas/Rubiasi Binti M.Ali

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sehati sejiwa....
Syukur alhamdulillah ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya dapatlah kami selaku ahli jawatan kuasa IT menyediakan blog untuk Kg.Jawa Kongsi 10 Tawau...Banyak cabaran dan dugaan yang kami hadapi bagi menyiapkan blog ini...walaubagaimanapun sukar untuk kita mewujudkan Blog kampung ini jika tidak dengan kerjasama semua pihak terutama pihak ahli jawatankuasa yang bertungkus lumus untuk mendapatkan maklumat yang amat diperlukan bagi menyiapkannya...terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan ahli jawatankuasa yang tidak pernah mengenal penat lelah bagi setiap ruang blog ini.bak kata pepatah 
"Bulat air kerana pembentung,bulat manusia kerana muafakat"
Semoga dengan wujudnya Blog kampung jawa kongsi 10 ini kita sama-sama mendapat manfaat darinya...
Sekian ,Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...


Pengerusi KRT , K1M , MASJID AL MUTTAQIIN, PERTUBUHAN PELADANG KG JAWA KONGSI 10
Assalamualaikum W.W
Dan Salam Sehati Sejiwa, Saya Irianto Bin Ibrahim selaku AJK PELAKSANA KSEJAHTERAAN KAMPUNG, KG JAWA KONGSI 10 mengucapkan selamat datang dan turut serta di dalam Blog KG.JAWA KONGSI 10. Kami semua AJK PELAKSANA mengharapkan agar dapat semua memberi kongsi pandangan dan pengalaman demi perpaduan ummah.Kepada semua AJK PELAKSANA yang menjayakan usaha murni ini di ucapkan ribua terima kasih ...... 


1 ulasan: